Bahan-bahan Radioaktif
Kesan-kesan Bahan Radioaktif dan Cara Mengendalikannya. Oleh : Nur Uyuni Shammimie Mohd Fisol Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua, radioaktif bermaksud sesebuah atom yang memecah dan mengeluarkan sinar dalam bentuk zarah bercas elektrik yang dapat menembusi benda legap dan memberi kesan elektrik. Menurut buku teks Fizik Tingkatan 5, keradioaktifan bermaksud proses pereputan nukleus yang tidak stabil dengan memancarkan sinaran radioaktif untuk menjadi nukleus yang lebih stabil secara spontan dan rawak. Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif yang dikeluarkan oleh nukleus yang tidak stabil semasa pereputan iaitu zarah Alfa, zarah Beta dan sinaran Gamma. Radioisotop merupakan isotop dengan nukleus yang tidak stabil. Radioisotop akan mereput dan menyinarkan sinaran-sinaran radioaktif tersebut. Radioisotop mempunyai pelbagai kegunaan dalam setiap jenis bidang. Radioisotop digunakan dalam bida...